Bergantung kepada alamat penghantaran dan kurier yang dipilih. Alamat Semenanjung dengan PosLaju boleh sampai dalam 2-3 hari bekerja. Sabah atau Sarawak dalam 3-7 hari. Tiada jaminan diberikan kerana proses penghantaran adalah diluar kawalan kami.
Kami menggunakan sistem PayPal yang lebih selamat dan terjamin. Anda cuma perlu mendaftar dengan PayPal terlebih dahulu dengan percuma untuk mendapat login id dan password.
Dengan sistem ini kami tidak perlu menyimpan apa-apa maklumat mengenai kad kredit anda seperti no.kad dan expiry.
Anda hanya perlu memasukkan maklumat kad anda sekali sahaja dengan PayPal. Semua penggunaan seterusnya di seluruh Internet hanya memerlukan login id dan password sahaja.
Sila gunakan link ini.
Jika order telah diposkan dan anda telah memilih PosLaju, semak status di sini.
Ya, pilih kurier yang lebih murah tapi selalunya lebih masa diambil untuk pesanan anda sampai.
Kumpulkan lebih produk ke dalam satu pesanan. Ini kerana setiap bungkusan ada caj asas yang lebih mahal perkilo berbanding caj untuk tambahan berat seterusnya. Jika satu pesanan dipecahkan kepada beberapa pesanan kecil, jumlah kos penghantaran akan lebih mahal berbanding satu pesanan sahaja.
Kadar semasa adalah 1RP untuk setiap RM1.00.
1RP pula bernilai RM0.05.
Contoh: Jika anda mempunyai 1000RP, ia boleh ditukar kepada voucher bernilai RM50.00.
RP yang diperoleh dalam satu-satu pesanan hanya boleh diguna untuk pesanan akan datang dan seterusnya.
Ya sudah tentu boleh. Tapi buat masa ini kami hanya lakukan atas permintaan sahaja. Jika anda mendapat error "shipping not defined" ketika membuat pesanan, ini bermakna "ship-to country" untuk negara berkenaan belum disetkan. Anda perlu menghubungi kami untuk kami aktifkan. Selepas itu barulah anda boleh membuat pesanan hingga selesai.
Perhatian: Kos penghantaran ke negara luar dari Malaysia adalah mengikut kadar masing-masing dan lebih tinggi amaunnya berbanding penghantaran dalam negeri.
Sila hubungi khidmat pelanggan kami.
